Thursday, 17 December 2009

Selamat Tahun Baru Hijrah 1431

Doa Akhir Tahun Hijrah,

Cara membaca doa akhir tahun dan awal tahun hijrah
Istigfar 7x, Astagr ‘fi rullah hal a’zim- al lazi la i laa ha iil la- hu wal hai yul qai’ yum wa atu bu ilaih
Baca Surah Al Fatihah
Astagr ‘fi rullah hal a’zim inn nahu kaa na rrof’ faa raa, 21 atau 7 x
Astagr ‘fi rullah hal a’zim inn nahu kaa na taw waa baa, 21 atau 7 x
La ilaa ha illa anta sub’haan na ka inni kuntu minaz zaa li min, 21 atau 7x

Segala pujian itu bagi ALLAH, TUHAN pentadbir Seluruh alam. Rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Nabi Muhamad dan atas keluarga dan syahabat2 baginda sekalian.

Ya ALLAH, wahai TUHAN kami, perkara2 yg telah kami lakukan daripada perbuatan2 yg dikau larang dalam tahun ini, maka kami belum bertaubat daripada nya, padahal TUHAN kami TIADA meredha’ie dan TUHAN kami memang tiada lupakannya (TUHAN tiada bersifat lupa) dan TUHAN kami berlembut tiada mengazabkan kami, malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukakn maksiat itu. Maka kami sekalian mohon keampunan mu Ya Allah, Ampun kan lah kami, dan mana2 perbuatan yg telah kami lakukan sepanjang2 tahun ini, yg TUHAN kami meredhainya dan TUHAN kami telah pun menjanjikan ganjaran pahala kerananya, maka kami sekalian mohon Ya ALLAH, TUHAN yg mempunyai kebesaran dan kemulia’an semuga TUHAN kami perkenankan akan perbuatan (amal bakti) yg telah kami lakukan itu dan tidak TUHAN kami menghampakan harapan kami, Ya ALLAH TUHAN yg maha pemurah.

Doa Awal Tahun Hijrah,

Setelah selesai sembahyang fardhu magrib.

Segala pujian itu bagi ALLAH TUHAN pentadbir seluroh alam, rahmat dan sejahetra atas penghulu kami Nabi Muhamad dan atas keluarga dan syahabat2 baginda sekalian.

Ya ALLAH, wahai TUHAN kami, dikaulah jua TUHAN yg kekal selama-lama nya, sedia ada lagi tiada permulaan. Kelebihan mu maha besar dan kemurahan mu amat limpah yg sangat2 diharapkan.

Tibalah sudah tahun baru, kami mohon kepadamu agar terpelihara kami sekalian didalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan yg terlaknat, juga daripada kuncu2 syaitan dan bala tenteranya.

Dan kami mohon daripada mu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (nafsu yg mendorong kepada jalan2 kejahatan).

Kami mohon juga kepada mu Ya ALLAH, akan rasa sedia ingin membuat kerja2 kebajikan yg bulih mendampingkan diri kami kepada mu. Ya ALLAH, TUHAN yg maha agung lagi yg maha mulia. Ya ALLAH, TUAHN sebaik2 yg mengurniakan rahmat, barang dicucuri rahmat apalah kiranya Ya ALLAH dan juga sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhamad serta keluarga dan syahabat2 baginda sekalian, segala pujian itu bagi ALLAH TUHAN pentadbir seluruh alam.

Al Fatihah

No comments: